Khamis, 6 Disember 2012

Terungkai sebuah persoalan

Sejenak ku berfikir, betapa masa begitu mencemburui kita. Pejam celik pejam celik tempoh untuk menyiapkan segala kerja untuk sem 5 ini semakin hampir. Begitu juga dalam melayari kehidupan aku sebagai mahasiswi UKM. Begitu pantas masa berlalu. Masa bukan mengejar kita TAPI kita yang perlu mengejar masa. Betul kata pepatah 'Masa itu memang emas'. Sesaat yang berlalu begitu berharga sekali. Dan sekarang diri aku juga sudah mulai sedar betapa perlunya kita menghargai masa. Setiap langkah dan perjalanan kita akan pasti mengambil masa yang agak lama untuk mencapai apa yang kita kecapi. Oleh sebab itu, kita harus menghargai masa yang ada ini untuk kecapi apa yang kita harapkan.


Sememangnya dalam menghargai masa ini aku banyak belajar daripada pengalaman Idola aku ini. walaupun dalam karya cerpen aku ini aku telah menggambarkan sebagai watak yang mempunyai perwatakan yang pelik. Tapi percayalah realitinya dia sememangnya seorang yang layak untuk kita jadikan sebagai idola.  seseorang yang begitu optimis pada kerja. Pada orang sekeliling. Sedikit sebanyak aku begitu senang dengan perwatakan idola aku itu. Idola yang ternyata telah memberikan aku inspirasi dalam menempuh kehidupan di dunia ini.  Di kesempatan ini aku telah menggunakan ruang yang ada untuk menceritakan mengenai idola aku ini. Walau bagaimanapun persoalan mengenai idola aku ini telah aku ungkaikan dalam sebuah cerpen karya aku sendiri. Semoga karya aku ini dapat diterima dan difahami oleh golongan pembaca. Sekian terima kasih.

Selasa, 4 Disember 2012

Setelah Dia ku kenali

Kadangkala dalam mengharungi arus kehidupan ini bukanlah semudah yang kita sangka. Pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu kita harungi. Apa yang pasti sebagai hamba-Nya kita haruslah sentiasa mendekatkan diri kepadanya. InsyaAllah Dia akan sentiasa berada di samping kita. Tiada kekuatan apa pun yang mampu menggoyahkan jiwa seseorang yang mendapat curahan rahmat Allah.  Tika ini, aku hampir menyiapkan entri yang ke-9 bagi penulisan kreatif. Entah kenapa hatiku begitu syahdu sekali malam ini. Mungkin aku sedang mengingati seseorang. Seseorang yang memberikan inspirasi dalam hidupku. Apa yang pasti masa untuk aku menyiapkan cerpen ini semakin hampir. InsyaAllah semoga aku dipermudahkan untuk menyiapkan karya aku ini..


Dalam keheningan malam ini, aku dapat merasakan pemilihan Dia sebagai tokoh dalam cerpen aku ini adalah satu keputusan yang tepat sekali. Kerana Dia bukanlah calang-calang orangnya. Walaupun Dia yang aku imaginasi di dalam cerpen ini seseorang yang perwatakan yang pelik tetapi bagiku Dia mempunyai karisma dan perwatakan yang tersendiri. Cara Dia telah menyentuh naluri hatiku untuk memilih Dia. Setelah Dia kukenali, aku yakin Dialah watak utama dalam karya aku ini.




Isnin, 3 Disember 2012

Langkahmu



Dengan usaha yang gigih InsyaAllah kejayaan itu milik kita. Dalam menghasilkan karya ini bukanlah semudah yang kita sangka. Setiap langkah yang kita pilih haruslah sentiasa diberkati oleh-Nya. Kita perlu terus mara dalam mencapai impian kita. Apa yang kita lakukan saat ini dan hari ini adalah penentu kejayaan kita di masa hadapan. Di satu sudut di rumah aku, aku memilih untuk bersendirian. Bukan kerana merajuk tetapi ingin mencari ilham! Dengan suasana yang sunyi ini aku pasti akan berkarya dengan perasaan yang tenang.





Dalam menulis cerpen yang bertemakan Idola ini. Aku lebih memilih untuk memilih Dia sebagai watak utama dalam cerpen aku. Kenapa Dia? Mungkin persoalan itu yang bakal timbul. Aku memilih Dia bukan kerana paras rupa. Tetapi kerana setiap langkahnya dalam mengharungi kehidupan ini telah menarik minat dan perasaan aku untuk memilih Dia. Langkahnya dengan penuh kekuatan dan keyakinan telah memberikan aku satu semangat untuk mendorong aku lebih kuat untuk memilih Dia. Aku yakin dengan pilihan Dia sebagai tokoh aku dalam karya ini. Kerana Dia bukanlah seperti yang Dia fikirkan. Dia adalah Dia..




Bila DIA bersuara




Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah.. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri.. Aku memilih untuk bersendirian dalam mencari ilham untuk melakukan penulisan ini.. Dan bila aku bersendirian ternyata ianya memberikan aku sejuta ketenangan dalam berfikir.. Ternyata dalam ketenangan ada keresahan, dalam keresahan ada kekalutan dan dalam kekalutan ada Allah, untuk aku mengadu dan berharap.. Dan ternyata ketenangan itu memberikan aku seribu inspirasi untuk aku berkarya..




Ketika bersendirian inilah aku ibaratkan seperti terdengar-dengar suara seseorang.. Dan bila Dia bersuara.. Suara itu ibaratkan begitu dekat dengan diriku.. Siapa Dia yang aku maksudkan? Suara itu seakan-akan datang untuk memberi ilham untuk aku berkarya.. Aku memilih suara itu dalam menyiapkan cerpen aku ini.. Suara yang bakal memberikan aku satu inspirasi dalam aku membuat karya cerpen ini.. Dan ternyata bila Dia bersuara.. Suara itu seolah-olah memberikan aku satu kekuatan untuk aku berfikir mengenai plot-plot yang bakal aku cipta dalam cerpen nanti.. Ternyata bila Dia bersuara.. Aku dapat menjelmakan idea itu dalam cerpen yang bakal dihasilkan nanti..

Ahad, 2 Disember 2012

Dari sinar matamu


Bismillahirahmanirahim..

Pembuka kata.. Meski aku tak sempurna dari sudut pandanganmu,pandanglah aku dari sudut lain. Dari sudut MATA HATImu..




Sambil menenangkan fikiran di sebuah pantai di Tanjung Rengsang, Mersing.. Ketika mataku begitu asyik melihat sekumpulan kanak-kanak bermain bola.. Tetiba mataku terpandang kepada sepasang mata yang membuatkan hatiku berdebar.. Mata yang membuatkan debaran di hati.. Apa makna disebalik renungan mata itu?? Adakah Dia yang ku cari?? Mata yang menjadi pilihan cerita hati..

Sesungguhnya sepasang mata itu telah memberikan idea dan ilham kepada aku.. Mata yang memberikan satu tafsiran yang jelas kepada aku.. Mata yang telah membibit sebuah lakaran cerita.. Cerita yang pasti aku menjadikan sepasang mata itu sebagai salah satu dalam melengkapkan anggota tubuh badan seorang insan yang bergelar manusia..  Dan manusia itu bakal aku jelmakan sebagai ‘IDOLA’ dalam karya penulisan ini.. 


Selasa, 27 November 2012

PEJUANG KEMERDEKAAN !


Bumi ini harus terlepas dari belenggu penjajah, itulah tekad penduduk Tanah Melayu Apabila bendera 'Union Jack' diturunkan diiringi lagu God Save The Queen dan bendera Persekutuan dinaikkan, perasaan gembira dan terharu rakyat yang berhimpun di Padang Kelab Selangor Kuala Lumpur pada ketika itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Pemimpin yang bertanggungjawab membawa kemerdekaan kepada negara tidak lain Tunku yang digelar 'Bapa Kemerdekaan'. Kemerdekaan negara sememangnya dirintis oleh Tunku yang memulakan usahanya melalui rundingan dengan kerajaan British pada Januari 1956.




Itulah serba sedikit mengenai sejarah kemerdekaan negara kita. Sebenarnya aku hendak jelmakan tokoh yang bakal aku imaginasi sebenarnya. Tetiba tercuit hati untuk menulis tentang bapa kemerdekaan negara ini. Sedikit sebanyak aku bangga juga sebab sama nama dengan bapa aku.. Hehehe.. Tapi BUKANLAH watak Tunku Abdul Rahman yang bakal aku dijadikan tokoh utama dalam cerpen aku ini.. Tidak  mampu untuk aku imaginasi Tunku dalam perwatakan yang pelik.. Insan yang biasa pun aku tak mampu jelmakan lagi inikan pula orang bersejarah..

APA YANG SEDANG KU FIKIRKAN??




Tokoh?? Tokoh?? Itulah perkara yang berada di benak fikiran ku sekarang ini.. Sukar sekali untuk aku membuat pilihan tentang tokoh atau idola yang bakal aku jelmakan dalam karya penulisan aku nanti.. Tidak semudah yang aku sangka dalam bermain kata-kata ini.. Bab kata orang tidak semudah ABC..  Tetapi hakikatnya menulis cerpen ini relatifnya lebih mudah dihasilkan berbanding dengan menulis novel.. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana kalau aku diberi tugasan untuk membuat novel.. Hehehe.. Asigment 20 pages pun dah pening duk memikir inikan pula menulis novel.. Alahai...

                     Cerpen yang bakal aku tulis nanti mestilah berdasarkan pengalaman kita dalam kehidupan kan.. Idea itu ada tapi sukar untuk dijelmakan dalam penulisan.. Mungkin aku perlu berada di tempat-tempat yang tenang dan sunyi kan dalam mencari idea dan ilham ini.. Tokoh?? Apa yang pasti aku memilih LELAKI sebagai tokoh dalam cerpen aku nanti.. Haaa.. Jantina sudah ada.. Tapi siapa gerangannya?? Hehehe.. Suka sangat buat orang tertanya-tanya.. Gerangannya mungkin Daudsu Jamaluddin.. Siapa dia tu?? Atau mungkin juga Faizal Tahir?? Atau mungkin juga abang-abang aku sendiri?? Banyak betul persoalan kan??? Apa-apa pun aku masih lagi memikirkan tentang gerangan tokoh ini.. Membuat keputusan yang tepat ini bukanlah semudah yang kita sangka..

Ahad, 25 November 2012

Pelik bin Ajaib




Bukan senang hendak bergelar penulis kan.. Kalau idea tak datang macam mana la nak berpuitis ni.. PELIK BIN AJAIB.. Itulah perkara yang bermain di fikiran aku untuk aku berimaginasi dengan tokoh pilihan yang bakal aku masukkan dalam cerpen kedua aku ini.. Masih tercari-cari jugak ni siapalah insan atau benda yang bertuah yang menjadi pilihan kalbu hati.. Orang katakan nak suruh idea mencurah-curah, makan banyak-banyak.. Haaa.. Betul ke?? Tak jugakkan.. Bila dah berat perut malas la pulak nak buat kerja.. Idea pun tak mai-mai..

              Aku ada terbaca mengenai satu artikel ini.. Fobia terhadap gelak ketawa!! Pelikkan.. Inilah baru kali pertama aku tahu rupanya ada jugak orang yang fobia gelak ketawa ini.. Inilah artikel pendek yang aku baca itu:

                ‘ Banyak kajian yang dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk      kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut. Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.

               Kasihan kat merekakan.. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka.. Amin.. Kepada kita yang boleh mendengar orang lain ketawa ini.. Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan oleh-Nya.. Berbalik kepada tokoh yang menjadi pilihan hati ini.. Mungkin daripada kisah-kisah begini aku boleh mencari ilham sebenarnya. Tingkah laku yang pelik mengenai tokoh aku itu bakal aku imaginasi nanti dalam cerpen yang belum juga aku mencari tajuk yang sesuai.. Kadang-kadang tu tak sabar jugak aku hendak menulis tentang tokoh pilihan aku itu.. Makluman la aku bajet ramai yang hendak membaca cerpen aku ini.. Hehehe.. Apa-apa pun nantikan kemunculannya..

Sesaat kau datang



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

KEKADANG kita terasa amat longlai sekali. Dalam pada meneruskan kehidupan ini, terasa amat payah benar. Seolah hendak melangkah pun tidak bermaya. Apa lagi untuk mencapai kejayaan yang besar, memang jauh sekali. Kita ni kalau tidak disuntik dengan kata-kata perangsang sesekali, memang bertambah-tambahla malasnya. Hehehe..


        Di petang yang hening ini, aku masih tercari-cari idea tentang cerpen yang bakal aku imaginasikan.. Sesaat idea itu datang.. dalam sesaat itu juga dia pergi.. Kemana ingin ku gapai idea cerpen ini.. Alahai.. Tetiba teringat lirik dalam lagu Aishiteru:

                                     Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
                                     Saat ku harus bersabar dan trus bersabar         
                                     Menantikan kehadiran dirimu
                                     Entah sampai kapan aku harus menunggu

           Aku mengharapkan idea yang datang nanti bakal mencurah-curah.. Mungkin juga tokoh yang bakal aku masukkan nanti orang yang berada di sekeliling aku.. Tapi apa yang aku hendak imaginasi pelik tentang mereka.. Tak terungkap dengan kata-kata untuk aku gambarkan kepelikan tentang tokoh yang bakal aku hasilkan.. Mungkin juga tokoh yang bakal aku buat nanti benda yang tidak bernyawa.. Mungkin aku boleh jadikan kasut  sebagai tokoh aku.. Haa.. mesti pelikkan bunyinya.. Kasut?? Atau mungkin juga bola sepak?? Haaa.. macam suspen aje tokoh yang bakal aku pilih.. Harapan aku semoga sesaat yang datang nanti bakal aku berimaginasi bersama tokoh pilihan hati ini.. 




Sabtu, 24 November 2012

SABAR ITU INDAH



Alhamdulillah !! Itulah kalimah yang pertama yang terukir dibibir ku dalam menyiapkan proses pembikinan blog ini.. Susah ke nak bina blog sendiri? Bagi aku susahla sebab aku tidak biasa buat semua ni.. Nasib baik sahabat aku yang membantu.. Terima kasih daun keladi buat sahabatku itu ! Pening jugak memikirkan entri apa yang hendak aku tuliskan ini.. Dulu-dulu kisah hidup ini tulis dalam diari sahaja, selamat tidak ada siapa yang akan baca. Tapi bila tulis dalam blog ini kena buat ayat yang comel-comel la kan.. Nanti baru ada orang nak baca.. Hehe.. Blog aku yang bernama NORHIDAYU ni dibuat sempena dengan Subjek PB yang aku ambil di UKM iaitu subjek Penulisan Kreatif.. Dr.Misran dan Dr.Mawar yang ajar.. Blog ni jugak dibuat untuk aku tuliskan entri pasal cerpen yang bakal aku cipta nanti yang bertemakan 'Tokoh'.. Alahai, siapala yang hendak  aku jadikan tokoh dalam cerpen aku ini.. Sabar ajela memikirkan benda ini.. Susah jugak kan nak buat cerpen ini.. Tapi manala tau cerpen yang bakal direka oleh aku nanti bakal terpilih dalam mana-mana majalah di Malaysia.. Hehehe.. Perasan lebih aku ni.. Apa-apa pun aku kena sabar dalam mencari idea untuk cerpen pertama yang bakal aku reka ini.. Sabar itu indah dan InsyaAllah sabar itu akan manis akhirnya..