Tokoh??
Tokoh?? Itulah perkara yang berada di benak fikiran ku sekarang ini.. Sukar
sekali untuk aku membuat pilihan tentang tokoh atau idola yang bakal aku
jelmakan dalam karya penulisan aku nanti.. Tidak semudah yang aku sangka dalam
bermain kata-kata ini.. Bab kata orang tidak semudah ABC.. Tetapi hakikatnya menulis cerpen ini
relatifnya lebih mudah dihasilkan berbanding dengan menulis novel.. Tidak dapat
aku bayangkan bagaimana kalau aku diberi tugasan untuk membuat novel.. Hehehe..
Asigment 20 pages pun dah pening duk
memikir inikan pula menulis novel.. Alahai...
Cerpen yang bakal aku tulis nanti
mestilah berdasarkan pengalaman kita dalam kehidupan kan.. Idea itu ada tapi
sukar untuk dijelmakan dalam penulisan.. Mungkin aku perlu berada di
tempat-tempat yang tenang dan sunyi kan dalam mencari idea dan ilham ini..
Tokoh?? Apa yang pasti aku memilih LELAKI sebagai tokoh dalam cerpen aku
nanti.. Haaa.. Jantina sudah ada.. Tapi siapa gerangannya?? Hehehe.. Suka
sangat buat orang tertanya-tanya.. Gerangannya mungkin Daudsu Jamaluddin..
Siapa dia tu?? Atau mungkin juga Faizal Tahir?? Atau mungkin juga abang-abang
aku sendiri?? Banyak betul persoalan kan??? Apa-apa pun aku masih lagi
memikirkan tentang gerangan tokoh ini.. Membuat keputusan yang tepat ini bukanlah
semudah yang kita sangka..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan