Bukan
senang hendak bergelar penulis kan.. Kalau idea tak datang macam mana la nak
berpuitis ni.. PELIK BIN AJAIB.. Itulah perkara yang bermain di fikiran aku
untuk aku berimaginasi dengan tokoh pilihan yang bakal aku masukkan dalam
cerpen kedua aku ini.. Masih tercari-cari jugak ni siapalah insan atau benda
yang bertuah yang menjadi pilihan kalbu hati.. Orang katakan nak suruh idea
mencurah-curah, makan banyak-banyak.. Haaa.. Betul ke?? Tak jugakkan.. Bila dah
berat perut malas la pulak nak buat kerja.. Idea pun tak mai-mai..
Aku ada terbaca mengenai satu
artikel ini.. Fobia terhadap gelak ketawa!! Pelikkan.. Inilah baru kali pertama
aku tahu rupanya ada jugak orang yang fobia gelak ketawa ini.. Inilah artikel
pendek yang aku baca itu:
‘ Banyak kajian yang
dibuat memperlihatkan ketawa adalah aktiviti yang baik untuk kesihatan. Ia mampu memperbaiki tahap
mental dan jantung. Namun, untuk yang menderita Geliophobia, ketawa atau berada
sekeliling orang yang sedang ketawa akan menyebabkan mereka mula berasa takut.
Risau diketawakan orang menjadi antara punca kepada wujudnya Geliophobia.’
Kasihan
kat merekakan.. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka.. Amin..
Kepada kita yang boleh mendengar orang lain ketawa ini.. Bersyukurlah dengan
nikmat yang diberikan oleh-Nya.. Berbalik kepada tokoh yang menjadi pilihan
hati ini.. Mungkin daripada kisah-kisah begini aku boleh mencari ilham sebenarnya.
Tingkah laku yang pelik mengenai tokoh aku itu bakal aku imaginasi nanti dalam
cerpen yang belum juga aku mencari tajuk yang sesuai.. Kadang-kadang tu tak
sabar jugak aku hendak menulis tentang tokoh pilihan aku itu.. Makluman la aku
bajet ramai yang hendak membaca cerpen aku ini.. Hehehe.. Apa-apa pun nantikan
kemunculannya..
Tahniah kerana mempunyai blog sendiri. Teruskan menulis.
BalasPadamTahniah juga kepada Dr Mawar yang telah membimbing pelajar-pelajarnya.
Usahlah menunggu ilham itu datang.