Kadangkala dalam mengharungi arus kehidupan ini bukanlah semudah yang kita sangka. Pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu kita harungi. Apa yang pasti sebagai hamba-Nya kita haruslah sentiasa mendekatkan diri kepadanya. InsyaAllah Dia akan sentiasa berada di samping kita. Tiada kekuatan apa pun yang mampu menggoyahkan jiwa seseorang yang mendapat curahan rahmat Allah. Tika ini, aku hampir menyiapkan entri yang ke-9 bagi penulisan kreatif. Entah kenapa hatiku begitu syahdu sekali malam ini. Mungkin aku sedang mengingati seseorang. Seseorang yang memberikan inspirasi dalam hidupku. Apa yang pasti masa untuk aku menyiapkan cerpen ini semakin hampir. InsyaAllah semoga aku dipermudahkan untuk menyiapkan karya aku ini..
Dalam keheningan malam ini, aku dapat merasakan pemilihan Dia sebagai tokoh dalam cerpen aku ini adalah satu keputusan yang tepat sekali. Kerana Dia bukanlah calang-calang orangnya. Walaupun Dia yang aku imaginasi di dalam cerpen ini seseorang yang perwatakan yang pelik tetapi bagiku Dia mempunyai karisma dan perwatakan yang tersendiri. Cara Dia telah menyentuh naluri hatiku untuk memilih Dia. Setelah Dia kukenali, aku yakin Dialah watak utama dalam karya aku ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan