Alhamdulillah !! Itulah kalimah yang pertama yang terukir dibibir ku dalam menyiapkan proses pembikinan blog ini.. Susah ke nak bina blog sendiri? Bagi aku susahla sebab aku tidak biasa buat semua ni.. Nasib baik sahabat aku yang membantu.. Terima kasih daun keladi buat sahabatku itu ! Pening jugak memikirkan entri apa yang hendak aku tuliskan ini.. Dulu-dulu kisah hidup ini tulis dalam diari sahaja, selamat tidak ada siapa yang akan baca. Tapi bila tulis dalam blog ini kena buat ayat yang comel-comel la kan.. Nanti baru ada orang nak baca.. Hehe.. Blog aku yang bernama NORHIDAYU ni dibuat sempena dengan Subjek PB yang aku ambil di UKM iaitu subjek Penulisan Kreatif.. Dr.Misran dan Dr.Mawar yang ajar.. Blog ni jugak dibuat untuk aku tuliskan entri pasal cerpen yang bakal aku cipta nanti yang bertemakan 'Tokoh'.. Alahai, siapala yang hendak aku jadikan tokoh dalam cerpen aku ini.. Sabar ajela memikirkan benda ini.. Susah jugak kan nak buat cerpen ini.. Tapi manala tau cerpen yang bakal direka oleh aku nanti bakal terpilih dalam mana-mana majalah di Malaysia.. Hehehe.. Perasan lebih aku ni.. Apa-apa pun aku kena sabar dalam mencari idea untuk cerpen pertama yang bakal aku reka ini.. Sabar itu indah dan InsyaAllah sabar itu akan manis akhirnya..
koya ayat..hahah
BalasPadamHahaha.. tunggu kemunculan cerpen yang hebat ni..
BalasPadam